<%@ Language=VBScript %> <%Response.Buffer=true%> Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kecil Pusa

  TEMPAT-TEMPAT MENARIK / POTENSI PELANCONGAN

 KAMPUNG NELAYAN TERBESAR

   Makam Tandang Sari
   Pantai Beting Maro
   Pesta Ikan Buntal
   Taman Negara Maludam
   Industri Gula Apong
   Kampung Nelayan Terbesar
   Ikan Terubok

Bagi pengunjung yang inginkan penginapan, sila layari laman ini untuk mendapatkan maklumat SARAWAK HOTELS

Kampung Beladin merupakan kampung nelayan terbesar di Sarawak. Kampung ini juga merupakan salah satu kampung yang terbesar di daerah kecil Pusa. Bilangan rumahnya sahaja melebihi 1000 buah. Kampung ini adalah kampung nelayan. Apa yang menarik untuk kampung ini ialah kita boleh melihat aktiviti nelayan dan industri membuat kapal tunda. Selain itu, yang teristimewa kita boleh melihat ikan lumba-umba di muara Batang Saribas yang terletak berhampiran dengan kampung ini. Pembuatan kapal tunda di kampung ini merupakan kegunaan penduduk tempatan yang mana ramai di antara mereka yang menjadi nelayan laut dalam di mana kapal tunda mereka mempunyai kemudahan GPRS, telefon mudah alih, GPS dan peralatan lain. Kebanyakan hasil yang mereka perolehi dihantar ke Kuching ataupun ke Sarikei.

Peringkat asas pembuatan kapal tunda  yang baru

Penyediaan untuk membuat bahagian bawah kapal tunda

Proses memasang enjin kapal tunda yang perlu dibuat sebelum kerja mendinding kapal tunda dibuat.

Kapal tunda yang telah siap untuk digunakan. Nelayan cuma perlu menyediaan persediaan peralatan nelayan.

Hakcipta Terpelihara (c) Pejabat Daerah Kecil Pusa 2003-2006 :: Ver.2.2006 @ Paparan Terbaik 1024x768/IE4++

PEJABAT DAERAH KECIL PUSA tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam Laman Web ini.