<%@ Language=VBScript %> <%Response.Buffer=true%> Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kecil Pusa

  TEMPAT-TEMPAT MENARIK / POTENSI PELANCONGAN

   MAKAM DAYANG ESAH TANDANG SARI

   Makam Tandang Sari
   Pantai Beting Maro
   Pesta Ikan Buntal
   Taman Negara Maludam
   Industri Gula Apong
   Kampung Nelayan Terbesar
   Ikan Terubok

Bagi pengunjung yang inginkan penginapan, sila layari laman ini untuk mendapatkan maklumat SARAWAK HOTELS

GULA APONG

Seperti yang kita ketahui ramai,kampung Tambak amat terkenal dengan penghasilan Gula Apong yang juga dikenali sebagai gula nipah. Gula ini juga digunakan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisi orang Sarawak. Kuih tersebut dikatakan bertambah sedap apabila gula ini ditambah kedalamnya.Selain itu, ia mempunyai kelebihan untuk mengelakkan serta mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Di kampung ini, gula apong dihasilkan oleh sepasang suami isteri Pak Morsidi b Ali dan Hajijah bt Enai.Gula Apong ini pada asalnya diperbuat daripada air sadap yang di kumpul dalam buluh. Air sadap ini seterusnya di masak menggunakan kawah besar dan mengambil masa selama lebih kurang 5 jam untuk ia masak sepenuhnya(gula apong). Selain gula apung, air sadap ini juga boleh menghasilkan cuka,air tuak dan air kilang. Disebabkan ia sedap dan susah untuk dihasilkan, tidak hairanlah harga satu TIN besar boleh mencapai RM 55.00. Bukan itu saja, gula ini juga boleh menjadi gula Arak, gula Kerep, gula Bagus dan gula Nganan yang mana mempunyai cara pembuatan yang berbeza dan harga yang berlainan.

 

PENGHASILAN GULA APONG

  • Mulanya air sadap diambil dari batang tangkal mayang/buah nipah muda dan disimpan dalam bekas buluh dan dibiarkan semalaman untuk memastikan bekas buluh tadi penuh dengan air sadap.
  • Seterusnya, keesokan harinya air sadap dalam bekas buluh tadi dikumpul ke dalam kawah besar untuk dimasak. Ia mengambil masa selama 5 hingga 6 jam untuk masak Semasa ia dimasak ia perlu di gaul selalu supaya menghasilkan gula apong yang putih(bagus).
  • Selepas 5 jam gula apong itu masak,disinilah tempat untuk membezakan 4 jenis gula seperti yang dinyatakan diatas. Jika ia cuma di gaul sahaja. ia akan menjadi gula kilang. Jika ia dimasak sehingga hangus sedikit, ia dinamakan gula Kerep. Untuk mendapatkan gula apong, ia perlu di ulik seperti dibawah.

  • Akhirnya gula tersebut dimasukkan ke dalam TIN dan sedia untuk dijual........

 

Hakcipta Terpelihara (c) Pejabat Daerah Kecil Pusa 2003-2006 :: Ver.2.2006 @ Paparan Terbaik 1024x768/IE4++

PEJABAT DAERAH KECIL PUSA tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam Laman Web ini.