|
Bagi pengunjung yang inginkan
penginapan, sila layari laman ini untuk mendapatkan maklumat
SARAWAK HOTELS |
|
 |
Makam ini terletak berhampiran dengan Pekan Pusa. Kalau dah sampai ke
Pekan Pusa kita boleh berjalan kaki untuk ke situ. Bagi yang berkereta
mereka boleh terus ke situ. Ini kerana pada masa ini sudah terdapat
jalan yang menghubungkan tempat tersebut dengan kawasan makam tersebut.
Untuk pengetahuan, di kawasan makam tersebut bukan hanya Makam Dayang
Esah Tandang Sari sahaja yang ada. Di situ juga terdapat makam-makam
keluarganya seperti Makam Pengiran Kadir dan juga Makam Pengiran
Bertanduk. Makam ini merupakan salah satu lagenda yang setakat ini belum
dibongkar sepenuhnya. Ianya seperti sejarah Mahsuri di Pulau Langkawi.
|
|
Menurut rekod, nama penuh
Dayang Tandang Sari ialah Dayang Isah Tandang Sari binti Pengiran Kadir dan
telah dilahirkan di Pusa. Menurut maklumat dari pemimpin tempatan yang mendapat
sumber maklumat dari orang tua mereka menyatakan bahawa Dayang Isah ini
merupakan seorang gadis yang cantik lagi rupawan. Ramai jejaka yang terpikat dan
jatuh cinta padanya. Beliau telah berkahwin dengan seorang pemuda yang gagah dan
kacak. Oleh kerana kecantikan Dayang Isah yang tidak terperi itu, ramai pemuda
yang mengekorinya ke mana sahaja ia pergi. Ini menyebabkan suaminya menjadi
cemburu. Bila mana dia mengandung, suaminya telah menuduhnya berlaku curang. Ini
menyebabkan Dayang Isah menjadi tertekan dan akhirnya dia telah mengambil
tindakan nekad untuk menutup malu. Beberapa andaian telah dibuat dan ada yang
mengatakan dia membunuh diri dan ada puala yang menyatakan bahawa dia telah
dihukum oleh bapanya. Akhirnya bapanya merasa bersalah bila mana mengetahui
kebenaran dan akhirnya meninggal dunia selepas peristiwa tersebut. |
 |
Walaupun cerita ini tidak dapat disahkan dengan
tepat tetapi kenyataan yang mengesahkan bahawa Dayang Isah Tandang Sari
mempunyai kaitan keluarga dengan kesultanan Brunei telah disahkan oleh Ketua
Pusat Sejarah Brunei, Pehin Jawataan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr.
Haji Awang Mohd. Jamil semasa Majlis Tahlil yang diadakan di Makam Dayang Esah
pada tahun 1997. |