<%@ Language=VBScript %> <%Response.Buffer=true%> Pusat Sumber Elektronik - Matlamat & Objektif

  PUSAT SUMBER ELEKTRONIK (ERC)

MATLAMAT & OBJEKTIF

Pusat Sumber Elektronik (ERC)
ERC Pusa
Matlamat & Objektif
Penyelia ERC Pusa
Tugas & Tanggungjawab Penyelia
Statistik Pengguna
 

Matlamat Dan Objektif Penubuhan ERC

Matlamat utama penubuhan ERC ialah bagi merapatkan jurang digital di kalangan komuniti dengan meningkatkan kemudahan dan infrastruktur kepada mereka dalam memperolehi maklumat serta kemahiran melalui SarawakNet dan Internet. Di samping itu, secara tidak langsung ia akan meningkatkan pengetahuan dan mendedahkan komuniti setempat kepada kemahiran dalam ICT. Melalui inisiatif ini juga diharap komuniti setempat dapat meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Selain itu, penubuhan ERC juga akan menjadikan Pejabat Daerah atau Pejabat Derah Kecil sebagai pusat pertemuan komuniti setempat dan pusat penyebaran maklumat kerajaan kepada komuniti.

Penubuhan ERC juga adalah untuk mengadakan “hub” atau pusat servis setempat begi semua perkhidmatan yang ada dalam perkhidmatan kerajaan negeri. Objektif ERC adalah untuk mengembalikan Pejabat Daerah atau Pejabat Daerah Kecil yang bersesuaian sebagai tempat pertemuan masyarakat setempat dan sebagai tempat penyebaran maklumat-maklumat antara kerajaan dan rakyat begitu juga sebaliknya.

Pusat Maklumat Elektronik Pusa merupakan Pusat yang ke-3 ditubuhkan di Negeri Sarawak. Objektif-objektif penubuhan pusat ini adalah seperti berikut:

  • Untuk melahirkan kesedaran mengenai penggunaan komputer dan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada di pusat ini kepada pengguna di Pusa.

  • Untuk menggalakkan pengguaan komputer dan peralatan teknologi maklumat di kalangan kakitangan kerajaan/ketua masyarakat/ketua kaum dan orang awam.

  • Untuk mendapat maklumat yang diperlukan melalui kemudahan yang disediakan oleh SarawakNet dan sumber-sumber yang berkaitan.

  • Menjadi pusat bagi menyediakan akses serta kemudahan ICT kepada penduduk kurang berkemampuan di kawasan luar bandar.

  • Menggalakkan dan membangunkan kemahiran ICT dikalangan komuniti setempat sebagai persediaan untuk menghadapi era masyarakat berasaskan ilmu (k-society).

Hakcipta Terpelihara (c) Pejabat Daerah Kecil Pusa 2003-2006 :: Ver.2.2006 @ Paparan Terbaik 1024x768/IE4++

PEJABAT DAERAH KECIL PUSA tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam Laman Web ini.