|
TARIKH |
AKTIVITI |
TEMPAT |
|
23 Januari 2006 |
Perasmian
perkhidmatan feri di Sg. Krian yang menghubungan pekan Pusa dan
Kampung Sessang serta kawasan sekitarnya. |
Ferry Point Sg. Krian, Saratok |
|
3 & 4 Februari
2006 |
Sambutan Hari Wanita Peringkat
Parlimen P.201 Batang Lupar. |
Perkarangan
Pejabat Daerah Kecil Pusa. |
|
6 & 7 Februari
2006 |
Taklimat
Petugas Pilihanraya Untuk Kawasan N.24 Beting Maro. |
Bilik Mesyuarat,
Pejabat Daerah Kecil Pusa. |
|
17 Februari 2006 |
Sambutan Maal Hijrah - Ceramah
bertemakan "Keunggulan Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah" yang telah
disampaikan oleh Yang Mulia Maulana Mohd. Johari bin Ali dari
Pahang. |
Surau Kampung Tengah Pusa, Pusa |
|
20-21 Februari
2006 |
Seminar Pemantapan Akidah anjuran
Pejabat Agama Islam Bahagian Betong dengan kerjasama JAKIM
cawangan Sarawak. |
Masjid Baitus Salam, Kampung
Tambak, Pusa |
|
21-22 Februari
2006 |
Seminar Pemantapan Akidah anjuran
Pejabat Agama Islam Bahagian Betong dengan kerjasama JAKIM
cawangan Sarawak. |
Masjid Kampung Kalok, Pusa dan
Surau Kampung Tengah Pusa, Pusa |
|
23 Februari 2006 |
Perhimpunan Sivik anjuran Jabatan Penerangan
Bahagian Betong telah diadakan di Kampung Semarang,
Pusa. Program ini akan dirasmikan oleh Residen
Bahagian Betong. |
Kampung Semarang, Pusa |
|
26 Februari 2006 |
Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat N.24 Beting
Maro anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian
Samarahan bersama Unit Mayang Jabatan Kebajikan
Masyarakat. |
SK Beladin, Pusa |
|
28 Februari 2006 |
Jabatan
Penerangan Bahagian Betong telah mengadakan Majlis
Sivik di Rh. Siton, Debak di mana dalam majlis
tersebut akan diadakan Majlis Pertandingan Karaoke
untuk penduduk setempat. |
Rh. Siton, Debak |
|
3 Mac 2006 |
Penubuhan Jawatankuasa Penaja Kelab Sukan
Komuniti Beting Maro telah diadakan di Pejabat Daerah
Kecil Pusa. |
Pejabat Daerah Kecil Pusa |
|
10-12 Mac 2006 |
Program Kesihatan Bersama Rakyat anjuran
Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar dengan kerjasama UNIMAS-ATM
akan diadakan di kawasan ruang legar Market MDB, Pusa. |
Pusa |
|
11-12 Mac 2006 |
Klinik Teknikal
FUTSAL telah diadakan di Pejabat Daerah Kecil Pusa di mana
peserta yang turut serta adalah daripada kawasan DUN Betong,
Layar dan Saribas. |
Pejabat Daerah Kecil Pusa |
|
12 Mac 2006 |
Majlis Doa
Selamat untuk kerja-kerja piling di tapak Masjid Beladin yang
juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat Haji Bolhassan bin Haji
Di. |
Kampung Beladin, Pusa |
|
14 Mac 2006 |
Mesyuarat
Agung Tri-Tahunan SABERKAS Daerah Kecil Pusa diadakan jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat
Daerah Kecil Pusa. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah
laporan AJK dan juga pembubaran AJK lama dan Penubuhan AJK untuk
tahun 2006-2008. Semua ahli yang berdaftar di daerah ini
dijemput hadir. |
Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah
Kecil Pusa |
|
21 Mac 2006 |
Malam Mesra Rakyat akan diadakan bertempat di Ruang Legar Market MDB Pusa. Program ini
adalah anjuran Pejabat Residen Betong, PDRM dan Jabatan
Penerangan Bahagian Sri Aman. |
Ruang Legar Market MDB Pusa |
|
22 Mac 2006 |
Majlis Penutupan Tilawah Al-Qur'an
Peringkat Daerah Betong 2006 akan di Dewan Serbaguna SMK
Pusa, Pusa. Majlis Penutupan ini akan dirasmikan oleh Yang
Berhormat Haji Bolhassan bin Haji Di, Ahli Dewan Undangan Negeri
N.24 Beting Maro. |
Dewan Serbaguna SMK Pusa |
|
26 Mac 2006 |
Program JPJ Bersama Rakyat telah
diadakan di kawasan Terminal Bas Pusa di mana program ini
memberi peluang kepada warga Pusa yang berusia 40 tahun ke atas
untuk mengambil ujian praktikal memandu motosikal. Program ini
adalah salah satu usaha pihak JPJ memberi kesedaran kepada
rakyat tentang pentingnya pengetahuan memandu dan kepentingan
mempunyai lesen memandu. Warga Pusa mengucapkan berbanyak terima
kasih atas usaha pihak JPJ. |
Terminal Bas Pusa |
|
1 April 2006 |
Majlis Penyerahan
Replika Cek KWAPM Kepada Sekolah-Sekolah Zon Pusa (SK Pusa,
SK Kalok, SK Tambak & SJK Chung Hua, Pusa telah
diadakan di Dewan SErbaguna SMK, Pusa. Majlis tersebut telah
disempurnakan oleh YB Haji Bolhassan bin Haji Di, ADUN N.24
Beting Maro. |
Dewan Serbaguna, SMK Pusa |
|
1 April 2006 |
Majlis Sivik
Silaturahim/OKS telah diadakan di Dewan Sri Gemilang,
SK Beladin, Pusa anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah
Betong. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Haji
Bolhassan bin Haji Di, ADUN N.24 Beting Maro. Turut diadakan
semasa program tersebut juga ialah Pertandingan Bolasepak 7
sebelah. |
Dewan Sri Gemilang, SK Beladin,
Pusa |
|
2 April 2006 |
Majlis Penyerahan
Replika Cek KWAPM Kepada Sekolah-Sekolah Zon Pusa (SK
Beladin, SK Spinang, SK Semarang, SK Maludam & SJK (C)
Maludam akan diadakan di Dewan Sri Gemilang, SK
Beladin, Pusa. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB
Haji Bolhassan bin Haji Di, ADUN N.24 Beting Maro. |
Dewan Sri Gemilang, SK Beladin,
Pusa |
|
2 April 2006 |
Program Penghayatan Maal Hijrah 2006
telah diadakan di Surau Kampung Tengah Pusa, Pusa anjuran
Kementerian Belia dan Sukan Sri Aman dengan kerjasama
Pejabat Daerah Kecil Pusa dengan jayanya. Penceramah
jemputan untuk program tersebut adalah Ustaz Lokman bin
Abdullah dari SMK Pusa. |
Surau Kampung Tengah Pusa, Pusa |
|
9 & 10 April 2006 |
Seminar Ketua-Ketua
Masyarakat Bahagian Betong telah diadakan Kampung Pusa
anjuran Pejabat Residen Bahagian Betong dengan kerjasama
Pejabat Daerah Kecil Pusa. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tanggungjawab dan
peranan mereka di dalam pembangunan masyarakat. Seminar ini
telah dihadiri oleh lebih 60 orang peserta. Seminar ini akan
dijangkakan akan diadakan pada tiap-tiap tahun sebagai salah
satu usaha untuk menambahkan lagi pengetahuan Ketua Masyarakat
dan Ketua Kaum. Seminar ini telah dirasmikan penutupannya oleh
Yang Berhormat Haji Bolhassan bin Haji Di. |
Surau Kampung Tengah Pusa & Dewan
Serbaguna Kampung Hulu Pusa, Pusa |
|
12-15 April 2006 |
Pertandingan Futsal Peringkat DUN Beting
Maro yang telah diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah
Kecil Pusa telah berakhir pada 15 April 2006 dengan
perlawanan akhir di antara pasukan SEFSA dan pasukan NUJUM PAK
BELALANG dengan keputusan berkesudahan dimenangi oleh pasukan
SEFSA sebanyak 5-2. Pertandingan ini adalah acara awal Kelab
Sukan Komuniti N.24 Beting Maro sebelum Karnival Sukan Komuniti
N.24 Beting Maro yang dijangkakan akan diadakan pada awal bulan
Mei. |
Perkarangan Pejabat Daerah Kecil
Pusa |
|
14 & 15 April 2006 |
Sambutan Hari Maulidur
Rasul Peringkat Kampung Pusa telah diadakan berpusat
di Dewan Serbaguna Kampung Hulu Pusa pada malam 15 April
2006 oleh Yang Berhormat Haji Bolhassan bin Haji Di. Walaupun
dalam keadaan cuaca yang kurang mengizinkan kerana hujan deras
tetapi aktiviti tetap terus diadakan di dalam dewan. Pada tahun
ini, penyertaan daripada penduduk tempatan amat menggalakkan dan
mutu persembahan mereka juga telah meningkat. Yang Berhormat
berharap agar program seperti ini memberi peluang kepada
penduduk tempatan untuk mengetengahkan bakat serta ilmu mereka. |
Dewan Serbaguna Kampung Hulu Pusa,
Pusa |
|
15 April 2006 |
Majlis Perasmian
Program Mesra Rakyat (Kempen Menambah Ahli PN) PNK Beladin
Saribas Tahun 2006 telah di SK Beladin pada jam 8.30 pagi. Program ini
telah dirasmikan oleh YB Haji Bolhassan bin
Haji Di, Ahli Dewan Undangan Negeri N.24 Beting Maro. Yang
Berhormat berharap agar rakyat lebih peka dengan perkembangan
semasa dan jangan cepat melatah dengan keadaan semasa. Selain
itu, Yang Berhormat menasihat rakyat agar mendapat maklumat
daripada saluran yang betul dan jangan mendengar dakyah yang
kurang jelas. |
Dewan Sri Gemilang, SK Beladin |
|
16 April 2006 |
Kembara Pendidikan
Yayasan Sarawak telah diadakan di Dewan SK Beladin.
Dalam kembara ini telah diadakan Seminar Kecemerlangan
Keibubapaan. Program anjuran Yayasan Sarawak dengan kerjasama
Pejabat Daerah Kecil Pusa, Pejabat Pelajaran Gabungan Betong &
Sedidik Sdn. Bhd. telah berjaya mengumpulkan lebih 300 orang
peserta. Majlis Penutupan Rasmi telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Haji Bolhassan bin Haji Di di mana antara lain
intipati ucapannya menyeru penduduk tempatan agar lebih peka
tentang kepentingan pendidikan ke atas anak-anak dan
tanggungjawab antara ibubapa, guru dan masyarakat untuk
memastikan pendidikan dapat disampaikan dengan sempurna. |
Dewan Sri Gemilang, SK Beladin |
|
9 Mei
2006 |
Majlis Penamaan Calon untuk kawasan N24 Beting Maro telah diadakan di
Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kecil Pusa. Untuk pilihan raya
Negeri Sarawak ke 9 ini untuk kawasan N24 Beting Maro pertandingan
satu lawan satu di antara calon dari parti BN dan parti PAS. |
Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah
Kecil Pusa |
|
19 Mei 2006 |
Perletakan
Rasmi Batu Asas SMK Beladin telah diadakan di Dewan SK Beladin.
Perasmian tersebut telah dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Hampir
7000 orang hadir untuk menyaksikan perasmian tersebut. |
Dewan SK Beladin, Pusa |
|
20
Mei 2006 |
Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke
9 telah diadakan. Untuk kawasan N24 Beting Maro, parti
Barisan Nasional telah menang setelah mengalahkan parti PAS. |
Pejabat Daerah Kecil Pusa |
|
27 Mei 2006 |
Liga Kelab Sukan Komuniti N24 Beting Maro dengan rasminya telah memulakan liga
sukannya yang melibatkan 4 jenis sukan utama iaitu
Futsal, sepaktakraw, badminton dan bola tampar. Penyertaan yang diterima adalah amat baik. Semua
pertandingan akan diadakan pada hujung minggu sahaja. |
Pejabat Daerah Kecil Pusa |
|
3 Jun 2006 |
Program Rakan Masyarakat
anjuran Jabatan Belia & Sukan/Unit SABERKAS/JKKK Kampung
Tuie diadakan di Kampung Tuie, Pusa. Antara aktiviti
yang diadakan ialah senamrobik, sukaneka, gotong royong
dan Malam Kebudayaan. Antara objektif program ini ialah
mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat melalui
program-program yang diadakan. |
SK Kampung Tuie, Pusa |
|
14 Jun 2006 |
Majlis Dialog Pertanian
telah diadakan di Dewan Serbaguna SMK Pusa, Pusa. Majlis
dialog tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk
Hajjah Rohani bin Haji Karim, Ahli Parlimen P.204 Batang
Lupar. Antara objektif dialog tersebut ialah memberi
peluang kepada penduduk tempatan untuk mengemukakan
masalah dan permohonan berkenaan dengan pertanian secara
langsung. Dengan peluang tersebut, seramai lebih 200
orang telah hadir di majlis dialog tersebut. |
SMK Pusa, Pusa |